Saturday 27 December 2014

Ayam Masak Coke & Udang Sayur

Ok, once in a blue moon.. aku masak untuk seseorang.
Since aku nk masak masakan yg simple, and Si Apek tak penah makan,
aku decide nk masak AYAM MASAK  COKE.
lepas tu, aku terpikir nk buat apa dengan udang & sayur,
aku pon jadikan sebagai UDANG SAYUR je. Malas pikir banyak.
Sila rujuk resepi yang aku remake dari resepi org lain yg ku Google.
cara aku, sukatan adalah ikut hati dan rasa.


AYAM MASAK COKE
* ayam (aku guna ciken wing & drumstik) - ikut suka byk mana
* coke @ coca-cola (bergantung pd kuantiti ayam) - cukup untuk teggelamkan ayam dalam kuali
* bawang merah & putih (untuk tumis) 
* Serai (ketuk)
* Daun Limau Purut 
* Halia (dihiris)
* Sos Tiram 
* Kicap
* Cili Padi
* Garam Secukup rasa
*** My Suggestion for Optional ingredients :-
- Tiga Serangkai
- Tomato / Brokoli
- Apa saja yang boleh makan

Cara-Cara :-
1. Tumis bawang + Serai + Halia
2. Masukkan ayam dan gaul sebentar sebelum masukkan coke menncukupi tggelamkan ayam.
Untuk ayam yang lembut & berperisa, reneh ayam dlm coke lbh lama
hingga coke pekat & kering.
3. Masukkan sos tiram & kicap secukup rasa.
4. Masukkan cili & garam secukup rasa.
5. Ayam dh siap dan sedia dihidangkan. :)
*** Rasa manis, masin, pedas & kepekatan kuah bergantung pd citarasa.


UDANG SAYUR
* Udang rimau digaul garam dan kunyit dan digoreng.
* Masukkan brokoli dan tomato ceri
* Masukkan kiub ayam & sedikit air
* Goreng sebentar. dan siap dihidang.
**** Pilihan sayur terpulang pada citarasa. Boleh juga tambah cili padi atau 
apa saja yang anda suka.

Tiada sebarang peraturan dalam masakan. 
paling penting,
MASAK DENGAN KASIH SAYANG <3


No comments:

Post a Comment